June 3, 2009

SOFA BARU

Sofa aku dh berhias cntk. Aku tambahkan pillow yg bermcm color, hehehehe




Aku br je berpindah ke rumah sewa baru. Rumah tu agak bsr sikit dr rumah sewa yg dulu. Ari ni aku msh bercuti, penat angkat brg, hehehehe. Kebetulan suami aku pun bercuti, mula le panjang akal berfkr nk g berjln w/pun kepenatan,hehehhe. Selepas sarapan pg, kami keluar ke Cavenzi Sg. Buluh. Dalam perjalanan aku berfkr barang ape yg aku nk cari di situ. Sampai saja di sana, aku mula meriki sofa. Sofa yg ada kt umah dh uzur, hampir 16 tahun, aku beli set antik tu dulu semasa aku bertugas di Alor Setar, Kedah pd thn 1993. Aku plan nk tukar konsep, nk beli sofa moden. Tapi tak ada satu pun yg berkenan di hati.

Dalam perjalanan blk aku ternampak kedai Perabut Jati, sempat singgah n cuci2 mata, de yg berkenan tp mahal plak, hehehehe. Kami terus menuju ke kedai perabut berhampiran Pasaraya Segi. Banyak kedai perabut di situ tp malangnya tak de satu pun yang berkenan.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk beli set sofa di Perabut Jati. Mahal tp puas hati, cntk n menarik. TQ... akhirnya suami aku bersetuju untuk membeli sofa tersebut.




June 1, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN IKBN SE - MALAYSIA DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA, PUTRAJAYA (PICC) PADA 1HB - 2HB JUN 2009



Majlis Konvokesyen IKBN Se - Malaysia Di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) yang diadakan pada hari ini merupakan Konvokesyen yang ke 5. Konvokesen yg ke 4 diadakan di tempat yg sama pd thn lps. Along (Mohd Shahril) mengambil Kursus Elektrikal dan telah mendapat Sijil PW2 pd thn lps, dia melanjutkan pelajaran dan mendapat Sijil PW4 pd thn ini. Alhamdulillah... dia lulus dgn cemerlang.







May 24, 2009

WEEDING ANNIVERSARY (14 JUN)

14 Jun adalah anniversary perkahwinan aku yg ke 23 tahun. Aku tidak plan untuk selebrate kt mana2, save bajet, hehehehe

Aku skrg ni dalam proses pindah rumah. Rumah yg aku sewa skrg agak sempit berbanding ngan rumah yg br aku sewa ni. Dh dpt rumah yg besar sikit, so aku xlps peluang le, hehehehe

Dalam kesibukan aku berpindah, aku dikejutkan dengan hadiah dr suami aku. Aku xpasti ape di dalam nye sehinggalah aku membuka beg tersebut. Ha, cincin? adehhh... cntk gler cincin ni. Dia beli di DIAMONEY. Korang nk tau harga? adehhh... xperlu lh aku bg tau, hehehehe. Aku rasa korang pun bleh agak berapa harga, hehehehehe

Ni lh cincin yg aku dpt sempena ulangtahun perkahwinan aku.


BIRTHDAY GIRL - PUTERI NUR SYAMIMI (17 MEI 1998)

17 Mei 2009 adalah birthday anak bongsu ku yg ke 11 tahun, Puteri Nur Syamimi. Adeh dh bsr anak aku ye, hehehehe. Aku n family selebrate secara biasa aje, mkn western food di tmpt paberet anak2 aku iaitu di Ayob Cafe, Kota Damansara.




SUKAN BADAN BERKANUN DI LANGKAWI, KEDAH PADA 28 APRIL 2009 HINGGA 2 MEI 2009

Tahun ni aku terpilih sebagai salah seorang dari peserta Sukan Badan Berkanun 2009 yang diadakan di Langkawi, Kedah dari 28 April 2009 hingga 2 Mei 2009. Kami bertolak ke Kuala Perlis pada 27 April 2009, jam 10 malam. Kami sampai di Kuala Perlis pada pukul 4.30 pagi. Terpaksa le lepak di jeti, feri yang perlu dinaiki ke Kuah Langkawi pada pukul 8.30 pagi.

Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami sampai di hotel yang telah ditetapkan iaitu Hotel Langkasuka. Aku berkongsi bilik dengan salah seorang dari pemain boling iaitu Fitrah dan seorang lagi pemain karom, Kak Sharie. Kak Sharie ngam org nye, bleh tahan kepala dia, hehehehehe.

Ni lah gambar kenang-kenangan team EPF untuk acara Boling di Sukan Badan-badan Berkanun.




March 24, 2009

BIRTHDAY BOY

25 Mac adalah tarikh lahir anak aku yang sulung. Anak aku ni peminat coklat, so aku belikan kek pure coklat untuknya. Aku ngan family having dinner di Ayob Cafe, Kota Damansara pada hari ni, 24 Mac 2009. Sambutan ini dibuat awal kerana esok malam chu ade tuisyen. Ni lah birthday boy....
















March 21, 2009

CANON MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN BOWLING CHAMPIONS


Canon Malaysian International Open Bowling Champions telah diadakan dari 13 Mac 2009 hingga 21 Mac 2009 di Sunway Pyramid Megalane, Subang Jaya.

3 orang pemain Malaysia, dua lelaki dan seorang perempuan layak ke pusingan separuh akhir yang diadakan di Sunway Pyramid pada 21/3/2009, jam 1.00 tghari. Pemain tersebut adalah Kang Bo Long, Zulmazran Zulkifli dan Sharon Koh.

Sharon Koh


Pada peringkat separuh akhir tersebut, Sharon Koh berlawan dengan Geraldine Ng pemain dari Singapore, 1st game, Sharon menang, walaubagaimanapun Sharon tewas di 2nd and 3rd game. Ini melayakkan Geraldine Ng untuk memasuki peringkat akhir dan berlawan dengan Carolyn Ballard. Pada peringkat akhir, Singapore tewas di tangan USA. Carolyn Ballard JUARA bagi kategori Wanita.


Kang Bo Long


Bagi peringkat separuh akhir lelaki pula, Kang Bo Long berlawan dengan Zulmazran Zulkifli. Kang Bo Long tewas di tangan Zulmazran dan ini melayakkan Zulmazran mara ke peringkat akhir. Zulmazran bertemu dengan Surasak Manuwong, pemain dari Thailand.





Pada peringkat akhir, Zulmazran menunjukkan prestasi yg memuaskan dan menang di 1st game. Untuk game ke 2 pula, Zulmazran tewas dan bangkit semula di game yg ke 3. Ini sekali gus memberi gelaran JUARA bagi kategori lelaki kepada Zulmazran.

ZULMAZRAN ZULKIFLI (MALAYSIA) 236, 216, 248 - Champ
SURASAK MANUWONG (THAILAND) 233, 257, 236 - 2nd Place

Malaysia menjuarai kejohanan ini.

TAHNIAH ZULMAZRAN.
GO MALAYSIA GO!!!!!!