March 24, 2009

BIRTHDAY BOY

25 Mac adalah tarikh lahir anak aku yang sulung. Anak aku ni peminat coklat, so aku belikan kek pure coklat untuknya. Aku ngan family having dinner di Ayob Cafe, Kota Damansara pada hari ni, 24 Mac 2009. Sambutan ini dibuat awal kerana esok malam chu ade tuisyen. Ni lah birthday boy....
















March 21, 2009

CANON MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN BOWLING CHAMPIONS


Canon Malaysian International Open Bowling Champions telah diadakan dari 13 Mac 2009 hingga 21 Mac 2009 di Sunway Pyramid Megalane, Subang Jaya.

3 orang pemain Malaysia, dua lelaki dan seorang perempuan layak ke pusingan separuh akhir yang diadakan di Sunway Pyramid pada 21/3/2009, jam 1.00 tghari. Pemain tersebut adalah Kang Bo Long, Zulmazran Zulkifli dan Sharon Koh.

Sharon Koh


Pada peringkat separuh akhir tersebut, Sharon Koh berlawan dengan Geraldine Ng pemain dari Singapore, 1st game, Sharon menang, walaubagaimanapun Sharon tewas di 2nd and 3rd game. Ini melayakkan Geraldine Ng untuk memasuki peringkat akhir dan berlawan dengan Carolyn Ballard. Pada peringkat akhir, Singapore tewas di tangan USA. Carolyn Ballard JUARA bagi kategori Wanita.


Kang Bo Long


Bagi peringkat separuh akhir lelaki pula, Kang Bo Long berlawan dengan Zulmazran Zulkifli. Kang Bo Long tewas di tangan Zulmazran dan ini melayakkan Zulmazran mara ke peringkat akhir. Zulmazran bertemu dengan Surasak Manuwong, pemain dari Thailand.





Pada peringkat akhir, Zulmazran menunjukkan prestasi yg memuaskan dan menang di 1st game. Untuk game ke 2 pula, Zulmazran tewas dan bangkit semula di game yg ke 3. Ini sekali gus memberi gelaran JUARA bagi kategori lelaki kepada Zulmazran.

ZULMAZRAN ZULKIFLI (MALAYSIA) 236, 216, 248 - Champ
SURASAK MANUWONG (THAILAND) 233, 257, 236 - 2nd Place

Malaysia menjuarai kejohanan ini.

TAHNIAH ZULMAZRAN.
GO MALAYSIA GO!!!!!!

March 18, 2009

BERCUTI DI A'FAMOSA, MELAKA (15 MAC 2009 - 16 MAC 2009)

Menjelang cuti sekolah, aku mula terfkr2 nak bw anak2 aku pergi bercuti. Banyak tempat aku telah riki, akhirnya aku dan suami aku membuat keputusan untuk bercuti di A'famosa, Melaka. Kebetulan A'famosa membuat promosi cuti sekolah, aku tidak membuang masa lalu mengunjungi tempat promosi tersebut. Setelah melihat broucher percutian, aku bersetuju untuk bercuti di situ memandangkan promosi yang ditawarkan menarik dan menjimatkan. Aku menempah kondo untuk 6 orang dan tiket untuk ketiga-tiga park pada 15 Mac 2009 hingga 16 Mac 2009. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk membawa mertua aku bersama.

Pintu Gerbang A'Famosa