May 24, 2009

WEEDING ANNIVERSARY (14 JUN)

14 Jun adalah anniversary perkahwinan aku yg ke 23 tahun. Aku tidak plan untuk selebrate kt mana2, save bajet, hehehehe

Aku skrg ni dalam proses pindah rumah. Rumah yg aku sewa skrg agak sempit berbanding ngan rumah yg br aku sewa ni. Dh dpt rumah yg besar sikit, so aku xlps peluang le, hehehehe

Dalam kesibukan aku berpindah, aku dikejutkan dengan hadiah dr suami aku. Aku xpasti ape di dalam nye sehinggalah aku membuka beg tersebut. Ha, cincin? adehhh... cntk gler cincin ni. Dia beli di DIAMONEY. Korang nk tau harga? adehhh... xperlu lh aku bg tau, hehehehe. Aku rasa korang pun bleh agak berapa harga, hehehehehe

Ni lh cincin yg aku dpt sempena ulangtahun perkahwinan aku.


BIRTHDAY GIRL - PUTERI NUR SYAMIMI (17 MEI 1998)

17 Mei 2009 adalah birthday anak bongsu ku yg ke 11 tahun, Puteri Nur Syamimi. Adeh dh bsr anak aku ye, hehehehe. Aku n family selebrate secara biasa aje, mkn western food di tmpt paberet anak2 aku iaitu di Ayob Cafe, Kota Damansara.




SUKAN BADAN BERKANUN DI LANGKAWI, KEDAH PADA 28 APRIL 2009 HINGGA 2 MEI 2009

Tahun ni aku terpilih sebagai salah seorang dari peserta Sukan Badan Berkanun 2009 yang diadakan di Langkawi, Kedah dari 28 April 2009 hingga 2 Mei 2009. Kami bertolak ke Kuala Perlis pada 27 April 2009, jam 10 malam. Kami sampai di Kuala Perlis pada pukul 4.30 pagi. Terpaksa le lepak di jeti, feri yang perlu dinaiki ke Kuah Langkawi pada pukul 8.30 pagi.

Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami sampai di hotel yang telah ditetapkan iaitu Hotel Langkasuka. Aku berkongsi bilik dengan salah seorang dari pemain boling iaitu Fitrah dan seorang lagi pemain karom, Kak Sharie. Kak Sharie ngam org nye, bleh tahan kepala dia, hehehehehe.

Ni lah gambar kenang-kenangan team EPF untuk acara Boling di Sukan Badan-badan Berkanun.




March 24, 2009

BIRTHDAY BOY

25 Mac adalah tarikh lahir anak aku yang sulung. Anak aku ni peminat coklat, so aku belikan kek pure coklat untuknya. Aku ngan family having dinner di Ayob Cafe, Kota Damansara pada hari ni, 24 Mac 2009. Sambutan ini dibuat awal kerana esok malam chu ade tuisyen. Ni lah birthday boy....
















March 21, 2009

CANON MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN BOWLING CHAMPIONS


Canon Malaysian International Open Bowling Champions telah diadakan dari 13 Mac 2009 hingga 21 Mac 2009 di Sunway Pyramid Megalane, Subang Jaya.

3 orang pemain Malaysia, dua lelaki dan seorang perempuan layak ke pusingan separuh akhir yang diadakan di Sunway Pyramid pada 21/3/2009, jam 1.00 tghari. Pemain tersebut adalah Kang Bo Long, Zulmazran Zulkifli dan Sharon Koh.

Sharon Koh


Pada peringkat separuh akhir tersebut, Sharon Koh berlawan dengan Geraldine Ng pemain dari Singapore, 1st game, Sharon menang, walaubagaimanapun Sharon tewas di 2nd and 3rd game. Ini melayakkan Geraldine Ng untuk memasuki peringkat akhir dan berlawan dengan Carolyn Ballard. Pada peringkat akhir, Singapore tewas di tangan USA. Carolyn Ballard JUARA bagi kategori Wanita.


Kang Bo Long


Bagi peringkat separuh akhir lelaki pula, Kang Bo Long berlawan dengan Zulmazran Zulkifli. Kang Bo Long tewas di tangan Zulmazran dan ini melayakkan Zulmazran mara ke peringkat akhir. Zulmazran bertemu dengan Surasak Manuwong, pemain dari Thailand.





Pada peringkat akhir, Zulmazran menunjukkan prestasi yg memuaskan dan menang di 1st game. Untuk game ke 2 pula, Zulmazran tewas dan bangkit semula di game yg ke 3. Ini sekali gus memberi gelaran JUARA bagi kategori lelaki kepada Zulmazran.

ZULMAZRAN ZULKIFLI (MALAYSIA) 236, 216, 248 - Champ
SURASAK MANUWONG (THAILAND) 233, 257, 236 - 2nd Place

Malaysia menjuarai kejohanan ini.

TAHNIAH ZULMAZRAN.
GO MALAYSIA GO!!!!!!

March 18, 2009

BERCUTI DI A'FAMOSA, MELAKA (15 MAC 2009 - 16 MAC 2009)

Menjelang cuti sekolah, aku mula terfkr2 nak bw anak2 aku pergi bercuti. Banyak tempat aku telah riki, akhirnya aku dan suami aku membuat keputusan untuk bercuti di A'famosa, Melaka. Kebetulan A'famosa membuat promosi cuti sekolah, aku tidak membuang masa lalu mengunjungi tempat promosi tersebut. Setelah melihat broucher percutian, aku bersetuju untuk bercuti di situ memandangkan promosi yang ditawarkan menarik dan menjimatkan. Aku menempah kondo untuk 6 orang dan tiket untuk ketiga-tiga park pada 15 Mac 2009 hingga 16 Mac 2009. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk membawa mertua aku bersama.

Pintu Gerbang A'Famosa
































February 22, 2009

Sony Ericsson Xperia (X1)

Sempena hari lahir tahun ni, aku juga dapat membeli handphone idaman aku, Sony Ericsson Xperia. Happy sangat, :)




Walaubagaimanapun, Nokia N95 8G masih kekal bersama aku, hehehehehe