March 24, 2009

BIRTHDAY BOY

25 Mac adalah tarikh lahir anak aku yang sulung. Anak aku ni peminat coklat, so aku belikan kek pure coklat untuknya. Aku ngan family having dinner di Ayob Cafe, Kota Damansara pada hari ni, 24 Mac 2009. Sambutan ini dibuat awal kerana esok malam chu ade tuisyen. Ni lah birthday boy....
















March 21, 2009

CANON MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN BOWLING CHAMPIONS


Canon Malaysian International Open Bowling Champions telah diadakan dari 13 Mac 2009 hingga 21 Mac 2009 di Sunway Pyramid Megalane, Subang Jaya.

3 orang pemain Malaysia, dua lelaki dan seorang perempuan layak ke pusingan separuh akhir yang diadakan di Sunway Pyramid pada 21/3/2009, jam 1.00 tghari. Pemain tersebut adalah Kang Bo Long, Zulmazran Zulkifli dan Sharon Koh.

Sharon Koh


Pada peringkat separuh akhir tersebut, Sharon Koh berlawan dengan Geraldine Ng pemain dari Singapore, 1st game, Sharon menang, walaubagaimanapun Sharon tewas di 2nd and 3rd game. Ini melayakkan Geraldine Ng untuk memasuki peringkat akhir dan berlawan dengan Carolyn Ballard. Pada peringkat akhir, Singapore tewas di tangan USA. Carolyn Ballard JUARA bagi kategori Wanita.


Kang Bo Long


Bagi peringkat separuh akhir lelaki pula, Kang Bo Long berlawan dengan Zulmazran Zulkifli. Kang Bo Long tewas di tangan Zulmazran dan ini melayakkan Zulmazran mara ke peringkat akhir. Zulmazran bertemu dengan Surasak Manuwong, pemain dari Thailand.





Pada peringkat akhir, Zulmazran menunjukkan prestasi yg memuaskan dan menang di 1st game. Untuk game ke 2 pula, Zulmazran tewas dan bangkit semula di game yg ke 3. Ini sekali gus memberi gelaran JUARA bagi kategori lelaki kepada Zulmazran.

ZULMAZRAN ZULKIFLI (MALAYSIA) 236, 216, 248 - Champ
SURASAK MANUWONG (THAILAND) 233, 257, 236 - 2nd Place

Malaysia menjuarai kejohanan ini.

TAHNIAH ZULMAZRAN.
GO MALAYSIA GO!!!!!!

March 18, 2009

BERCUTI DI A'FAMOSA, MELAKA (15 MAC 2009 - 16 MAC 2009)

Menjelang cuti sekolah, aku mula terfkr2 nak bw anak2 aku pergi bercuti. Banyak tempat aku telah riki, akhirnya aku dan suami aku membuat keputusan untuk bercuti di A'famosa, Melaka. Kebetulan A'famosa membuat promosi cuti sekolah, aku tidak membuang masa lalu mengunjungi tempat promosi tersebut. Setelah melihat broucher percutian, aku bersetuju untuk bercuti di situ memandangkan promosi yang ditawarkan menarik dan menjimatkan. Aku menempah kondo untuk 6 orang dan tiket untuk ketiga-tiga park pada 15 Mac 2009 hingga 16 Mac 2009. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk membawa mertua aku bersama.

Pintu Gerbang A'Famosa
































February 22, 2009

Sony Ericsson Xperia (X1)

Sempena hari lahir tahun ni, aku juga dapat membeli handphone idaman aku, Sony Ericsson Xperia. Happy sangat, :)




Walaubagaimanapun, Nokia N95 8G masih kekal bersama aku, hehehehehe

Selebrate Bersama Family

Seperti biasa, tiap-tiap tahun aku akan selebrate hari lahir aku bersama-sama dengan anak-anak aku. Mereka juga tidak sabar menanti hari tersebut. Ada saja perancangan mereka bersama suami aku. Malam tersebut kami dinner bersama di tempat kegemaran anak-anak aku, Flaming Steamboat di Subang Jaya.








February 9, 2009

HP Sony Ericsson

Terkejut aku bila dikejutkan dengan hp anak2 aku yang terbaru. Semua ambil model yg sama, Sony Ericsson W950i cuma color je yg berbeza.

HP Along


HP Angah


HP Asya


HP Chu


February 5, 2009

Layan Movie

Hari cuti aje, mula le kepala berputar fikir nak berjalan. Tapi rasa nak rehat kat umah pun ade, dah petang baru terlintas nak g tgk movie. Riki punya riki, anak aku cadangkan g tgk movie melayu terbaru lakunan apek n nabil, Sifu n Tongga. Terus je aku booking kt internet, nasib msh de site, hehehehe.

Citer ni kategori ok lah, ade unsur2 lawak tp xde le kelakar sangat, bg aku lh, tp kerana anak2 aku lyn gak, hehehe.
Balik dari tgk movie, masing-masing dah lapar, byk le menu yang dicadangkan. Last anak2 aku cadangkan makan kat pizza. Jauh gak le nk g, aku tgk movie kt Summit, nk mkn pizza plak kat Kota Damansara. Masa kt Subang Jaya tadi tak de plak yang terfkr nk makan pizza, kalu tak, mkn aje kt Subang Parade, hehehehe.